Menu
Hitam Penggunaan dan perlambanganDi Dunia Barat, hitam seringnya digunakan dengan konotasi negatif. Terdapatnya pelbagai alasan untuk ini, tetapi penjelasan yang diterima dengan paling meluas adalah bahawa malam dianggap oleh manusia sebagai sesuatu yang negatif dan berbahaya. Alasan sekunder adalah kerana bintik-bintik kotor boleh dilihat dengan terang-terang sebagai tambahan gelap, khususnya pada bahan-bahan yang berwarna pucat. Dalam kebudayaan-kebudayaan Barat yang berdasarkan kelas, kulit "pucat" menunjukkan kelas-kelas atasan, kerja-kerja intelektual atau kerja-kerja di rumah, bertentangan dengan kerja-kerja kasar di ladang. Aspek-aspek pertentangan hitam/putih bukannya unik sahaja di Barat, umpamanya sistem varna di India.
Penulis-penulis Afrika, Afro-Caribbean dan African-Amerika, seperti Frantz Fanon, Langston Hughes, Maya Angelou, dan khususnya, Ralph Ellison, mengenal pasti beberapa perlambangan negatif terhadap perkataan "hitam", dan memperdebatkan bahawa dualisme baik lawan buruk yang dikaitkan dengan putih dan hitam telah memberikan konotasi berat sebelah kepada metafora warna untuk ras.
Contoh-contoh perlambangan negatif untuk warna hitam termasuk:
Menu
Hitam Penggunaan dan perlambanganBerkaitan
Hitam Hitam Putih Kehidupan (album) Hitam putih Hitam Manisan (album) Hitam Putih (album) Hitam Bukan Impian Hitachi, Ltd. Hitman 3 Histamin Hitachi Data SystemsRujukan
WikiPedia: Hitam